~Seni Bina~
Sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia adalah dalam seni bina, iaitu piramid. Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M.). Beliau telah memperkanalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. pembinaan piramis menggambarkan kreativite masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan. Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagumi.
~Penciptaan Kertas~
Pencapaian Mesir Purba memang terserlah dalam pembinaan tetapi yang lebih utama lagi ialah kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas. Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil. Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif.
~Sistem Pendidikan~
Sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan telah diwujudkan oleh kerajaan Mesir Purba. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pengawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih. Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.
~Ilmu Perubatan~
Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat. kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba. Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu sehingga ke hari ini.
~Pengawalan Aliran Air Sungai Nil~
Perkembangan ilme matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam
usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun.Pemerintah telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.Tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan terusan untuk mengairkan tanah seluas 10000 hektar telah dibina.
~Sistem Kalender~
Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalender 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.
没有评论:
发表评论