Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean. Di tebing sungai inilah lahirnya tamadun Mesir Purba. Sungai Nil ini berpunca daripada dua anak sungai, iaitu Sungil Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethopia dan Sungai Nil Putih yang bermula dari Tasik Victoria di Uganda. Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang
pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur. Tanah lanar yang dibawanya pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian.
![]() |
Peta berikut menunjukkan lokasi Mesir Purba di Sungai Nil |
没有评论:
发表评论